Gunakan Bantuan RM 150 Sah Sehingga 10 Jun Sahaja

 

Gunakan Bantuan RM 150 Sah Sehingga 10 Jun Sahaja

BANTUAN KHAS E-PEMULA

Program bantuan ini dilancarkan dengan tujuan untuk menyemarakkan budaya transaksi tanpa tunai melalui e-Dompet atau cashless secara pembelian menggunakan platform digital pada tahun ini.

JUMLAH BANTUAN

e-Pemula akan memberikan bantuan berjumlah RM 150 seorang kepada individu yang layak sahaja.

PENEBUSAN BANTUAN 

Penebusan bantuan e-Pemula boleh dibuat bermula 11 sehingga 1 Jun 2022 sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya anda sudah menebus bantuan berkenaan anda perlu gunakan ia dan habiskan sehingga 10 Jun sahaja (tarikh expired).

SYARAT KELAYAKAN

  • Sah kepada semua belia yang sedang menuntut sepenuh masa di mana-mana cawangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kerajaan dan swasta yang sudah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi
  • Belia berumur 18 sehingga 20 tahun turut layak secara automatik terima bantuan ini

e-WALLET

Penebusan program e-Pemula ini boleh ditebus menggunakan aplikasi e-Wallet seperti berikut
  • Shopeepay
  • GrabPay
  • TNG
  • BigPay

CARA PENEBUSAN 

MELALUI SHOPEEPAY

  1. Anda perlu mengaktifkan dan mengesahkan akaun ShopeePay anda
  2. Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil swafoto dan melengkapkan maklumat peribadi anda
  3. RM 150 daripada kerajaan akan dikreditkan ke akaun Shopeepay anda

MELALUI GRABPAY

  1. Buka aplikasi Grab pada telefon bimbit anda
  2. Lihat pada paparan utama. Anda akan melihat TUNTUT BAUCAR BERNILAI RM 360 DENGAN EPEMULA
  3. Kemudian anda hanya perlu mengesahkan identiti pada Grabpay anda
  4. Setelah selesai, anda boleh menggunakan ganjaran ePemula yang dikreditkan ke akaun anda. Melalui GrabPay, anda akan mendapat RM 150 ePEMULA kredit eWallet

MELALUI TNG EWALLET

  1. Pastikan anda memuat turun Touch n Go eWallet
  2. Sila lengkapkan Pengesahan Akaun anda. Kemudian aktifkan pengesahan IC dan swafoto
  3. Lengkapkan butiran peribadi anda di ruangan yang disediakan

Leave a Comment