Cara mohon bantuan kewangan RM 300 hingga RM 400 secara one-off

 

Cara mohon bantuan kewangan RM 300 hingga RM 400 secara one-off

Secara umumnya, pemberian bantuan yang berbentuk kewangan amatlah penting bagi setiap isi rumah dan individu . Melalui pemberian bantuan tersebut, ia boleh digunakan untuk membeli pelbagai barang keperluan dan seterusnya akan mengurangkan beban mereka.

Oleh hal demikian, pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan persatuan memperkenalkan pakej bantuan untuk membantu rakyat yang berkelayakan.

BANTUAN TAPEM

Salah satunya adalah bantuan one-off  TAPEM yang berjumlah di antara RM 300 dan RM 400. Secara umumnya, bantuan ini adalah sebuah bantuan yang akan diberikan kepada pelajar universiti atau mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi.

KADAR BANTUAN

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah berbeza mengikut jenis peringkat pengajian, berikut adalah kadar bantuan :
  1. Peringkat Diploma : RM 300
  2. Ijazah Sarjana Muda : RM 400
  3. Ijazah Sarjana (Master) : RM 400
  4. Ijazah Doktor Falsafah (PHD) : RM 400

SYARAT KELAYAKAN 

Mesti anda tertanya-tanya apakah syarat kelayakan yang diperlukan. Untuk pengetahuan anda, bukan semua pelajar layak untuk terima bantuan ini kecuali 

  • Pemohon / pelajar yang lahir di negeri Melaka
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Melaka
  • Bermastautin di Melaka
  • Pengundi di Melaka
  • Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tingga (IPT)
  • Permohonan perlu dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa tidak lahir di Melaka sekiranya merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di Melaka serta disahkan oleh majikan dan pegawai kerajaan (Gred 41 ke atas) / Pengerusi JAPERUN / Penghulu / Sidang
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak cukup syarat turut tidak dipertimbangkan

CARA MOHON BANTUAN

Kepada mereka yang berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan, anda boleh rujuk ke portal rasmi e-TAPEM 
Setelah anda klik pautan tersebut, sila rujuk ke bahagian senarai IPT layak mohon untuk membuat semakan jika terdapat IPT anda. Sekiranya ada, anda layak untuk membuat permohonan.
Seterusnya, sila klik pada bahagian PENDAFTARAN dan seterusnya DAFTAR PERMOHONAN.
  • Sila lengkapkan butiran pendaftaran pengguna baru dan sila ikuti langkah yang seterusnya.

Leave a Comment