PEMBINAAN RUMAH BANTUAN RM 60,000
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuka permohonan barjjumlah RM 60,000 untuk membina rumah milik sendiri
Ia turut dikenali sebagai Skim Pinjaman Perumahan. Skim ini adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah dengan tujuan untuk membantu gologan terbabit memiliki rumah pertama.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan oleh pihak kerajaan untuk permohonan
- Berumur 21 dan sehingga 71 tahun
- Bukan kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan
- Pemohon haruslah Warganegara Malaysia
- Bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri
- Belum memiliki rumah sendiri
- Pendapatan kasar bulanan haruslah dalam anggaran RM 1,000 hingga RM 3,000
- Mempunyai tanah atas nama sendiri atau milik keluarga
SYARAT PEMBIAYAAN
Syarat pinjaman atau pembiayaan yang perlu anda tahu sebelum permohonan adalah seperti berikut
- Tempoh maksimum bayaran balik adalah antara 35 tahun sehingga 70 tahun
- Had maksimum pinjaman sebanyak RM 60,000 tidak termasuk perlindungan insurans
- Perlu ambil perlindungan Insurans daripada panel insurans
- Dikenakan 2% caj perkhidmatan ke atas pinjaman
SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA
- Pendapatan minimum bulanan RM 1,000
- Bukan daripada pekerja kerajaan
- Perlindungan insurans disediakan untuk generasi kedua sahaja
- Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45 hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua tersebut berumur 25 hingga 35 tahun
- Generasi kedua merupakan anak kandungan kepada pemohon
SYARAT CAGARAN TANAH
Haruslah mempunyai kebenaran bertulus daripada pemilik tanah untuk mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik keluarga yang terdekat sahaja.
Nilai tanah berdasarkan penilaian daripada pihak Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta yang dicagar tidak kurang daripada jumlah yang dipinjam.
Untuk tanah milikan secara pajakan, berikut ialah syarat yang dikenakan
- Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk mencagar tanah
- Baki tempoh pajak yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40 tahun
SYARAT PEMBINAAN RUMAH
Berikut adalah syarat dan info penuh berkaitan pembinaan rumah :
- Menggunakan pelan yang disediakan Jabatan Perumahan Negara
- Rumah kos rendah yang berkeluasan lantai 700 hingga 1000 kaki persegi yang dilengkapi 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 dapur dan ruang tamu
- Kontraktor yang dipilih perlu mengikut kawasan ADUN
- Mendapat kelulusan Pelan Pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya perlu
- Mempunyai perakuan CIDB yang masih sah atau pendaftaran syarikat
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan yang telah ditetapkan iaitu RM 5,000
CARA PERMOHONAN
Pengisian permohonan perlu dilakukan melalui borang. Anda perlu isi semua butiran yang diperlukan
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh ajukan dan hubungi :
1. Telefon – 03-8000-8000
2. Faks – 03-8891-4269
3. Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara
Saya amat memerlukan bantuan ini.
Saya amat memerlukan bantuan ini..
Saya perlukan bantuan ini. Saya ibu tunggal dan duduk di rumah pusaka yg dh uzur
ini bukan bantuan,kerajaan keluarga manusia yang PM nya dari UMNO BN memang penipu,ini bukan bantuan tapi kena berhutang pula,apa bendalah kerajaan tak guna dan tak prihatin rakyat nie
Tulah bila baca balik…hampeh
Menyusahkan rakyat adalah.. sudah susah mau cari makan.. membayar lagi tiap2 bulan.. ini bukan kerajaan prihatin tp,bikin susah rakyat bayar hutang adalah..
Saya berminat
Endang,rumah kena jual,tanah tergadai..ha..ha..ham
Ini bukan namanya bantuan…kena bayar bulanan kena cagar tanah..bantuankah namanya?
Saya amat memerlukan bantuan ini
Betul kah pinjaman prumahan krajaan sbyak 60,000 ni,kalau btul x apa lh
Saya memerlukan bantuan ini. Kerana menumpang di rumah mertua yg kini menjadi rebutan. tapi bila baca,kena cagarkan tanah,rasa macam..hurmmm…tak ada cara lain ke selain cagarkan tanah. Agak susah sbb adik beradik yg lain belum tentu setuju. Baik beli rumah lain je mcm ni,buat loan bank je daripada cagarkan tanah.
Permudahkanlah syarat utk memohon, sy pun nk mohon 13thn duk dgn mntua, nk jga ada umh sndiri. Bantu la sy utk dpt memiliki umh sndiri
Saya memerlukan bantuan ini.. Bantu lh saya utk dpt memiliki rmh sendiri..
Sy perlukan rumah… Suami tidak bekerja… Ada tanah tp tanah mertua