Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan keapda anggota KT untuk meringankan perbelanjaan persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan dibuka pada 1 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022
SYARAT KELAYAKAN
- Terbuka kepada Anggota Tentera (KT) sahaja
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas
- Tidak menamatkan keanggotaan KT selama 4 tahun dan ke atas
- Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya satu permohonan sahaja yang layak diterima
- Gaji pokok atau pencen bawah RM 5,000
- Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah
CARA UNTUK PERMOHONAN
- Anggota yang layak boleh memuat turun borang di pautan Borang SBBS 2022 atau boleh dapati di kaunter-kaunter Ibu Pejabat atau cawangan berdekatan
- Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian : Projek Khas Keanggotaan)
NOTA TAMBAHAN
- Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat
- Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
- Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima
DOKUMEN SOKONGAN
Pemohon (ANGGOTA KT)
- Salinan MyTentera (Anggota ATM)
- Salinan MyKad (Awam/Pesara)
- Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
- Salinan penyata pencen/bank terkini (Pesara)/Surat pengesahan pendapatan bagi bekerja sendiri
- Salinan surat pengesahan akaun bank anggota
Anak pemohon (Pelajar Sekolah Menengah/Rendah)
- Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolahan)
- Dokumen tambahan seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/tiri
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut, boleh terus hubungi Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.
Sumber : portalmalaysia.com