Penerima Telah Mula Menerima Bantuan Kewangan BPP RM 100-RM 300

 

Penerima Telah Mula Menerima Bantuan Kewangan BPP RM 100-RM 300

Terdapat sebuah bantuan kewangan yang akan diberikan kepada rakyat yang berkelayakan. Pemberian bantuan yang berbentuk kewangan atau duit ini mampu mengurangkan beban rakyat yang layak ditambah kos pelbagai jenis barang yang sedang mencanak naik.

Pelbagai jenis bantuan kewangan yang disalurkan oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan, persatuan dan lain-lain.

Antaranya termasuklah bantuan BPP ini yang masih diteruskan sehingga kini.

KADAR BANTUAN

Bantuan Prihatin Pahang (BPP) sebanyak RM 200 kepada 1,333 nelayan di seluruh negeri Pahang.

MAKLUMAT BANTUAN PRIHATIN PAHANG (BPP)

Bantuan Prihatin Pahang yang berjumlah keseluruhan hampir RM 30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah 4 kluster utama iaitu
1. Pelajar dan Anak Muda
  • Pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar tahfiz, pelajar universiti, politeknik, anak muda yang berumur 18 hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga.
2. Golongan B40
  • Anak yatim, ibu tunggal, gelandangan, pemandu teksi dan nelayan
3. Kluster Apresiasi
  • Veteren tentera dan polis
4. Kluster Umum
  • Kampung tradisi, orang Asli, penjaja harian, pengusaha bot, pemandu pelancong dan peneroka

KADAR BANTUAN SETIAP KATEGORI

Berikut adalah bentuk bantuan yang akan diberikan
1. Tunai RM 200
  • Kepada veteren tentera dan polis, pelajar universiti, ibu tunggal, nelayan, penjaja harian, pengusaha e-hailing, pemandu pelancong, pengusaha bot dan pelajar lepasan SPM
2. Tunai RM 100
  • Untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM
3. Tunai RM 300
  • Untuk penggiat di media sosial
4. 160,000 Kotak Aidilfitri
  • Untuk penduduk kampung dan masyarakat orang Asli

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk kepada
ALAMAT PEJABAT
Pejabat Menteri Besar, Tingkat 2, Blok A,
Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan
ALAMAT RUMAH
Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang,
Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan Pahang

Leave a Comment