Pelbagai jenis bantuan bakal disalurkan pada bulan ini. Berikut adalah antara bantuan yang bakal diterima pada bulan September ini.
Dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup, rakyat sangat memerlukan bantuan kewangan yang diberikan daripada pihak kerajaan persekutuan mahupun negeri.
ANTARA BANTUAN YANG BAKAL DIBAYAR PADA SEPTEMBER
1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3
Bantuan yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat adalah pembayaran BKM Fasa 3 yang dijadualkan bakal dibayar pada September. Pembayaran bantuan kali ini diberikan kepada setiap kategori yang layak.
Manakala, jumlah bantuan tertinggi adalah RM 900 dan RM 700. Tetapi ia mengikut kelayakan anda. Info penuh disini Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3
2. Bantuan MYSALAM
MYSALAM adalah sebuah bantuan yang diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia atau mereka yang berkategori B40. Ia merupakan perlindungan percuma kesihatan takaful.
Salah satu jumlah bantuannya adalah anda berpeluang terima bantuan RM 50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari setahun bersamaan RM 700 setahun sekiranya penyakit yang anda hidapi tersenarai dalam MYSALAM. Info penuh disini MYSALAM 2022
3. Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Terdapat pelbagai jenis bantuan yang disenaraikan dalam bantuan bulanan pihak JKM, termasuklah bantuan kanak-kanak, orang tua, Orang Kurang Upaya (OKU), bantuan am, bantuan anak pelihara dan lain-lain.
Pembayaran bantuan bulanan JKM akan diteruskan pada bulan September ini.
4. Permohonan Peranti Siswa
Permohonan peranti siswa masih dibuka sehingga 30 September 2022 ini. Peranti Siswa merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang tergolong dalam keluarga B40.
Perkara ini adalah untuk merapatkan jurang diantara Keluarga Malaysia khususnya dalam pengajian atau pembelajaran digital.
Bagi pelajar yang telah lulus, anda bakal diberikan sebuah tablet Samsung Tab A8 LTE.