Bantuan B40 berjumlah RM 400, RM 700 dan RM 900 kepada individu yang layak. Sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 3 telah memulakan pembayaran sehingga 27 September ini. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia adalah sebuah bantuan yang dibayar dalam 4 fasa iaitu Mac, Jun, September dan Disember. Sasaran bantuan ini adalah kepada kesemua lapisan masyarakat yang berkelayakan dan berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat tatkala kos sara hidup serta inflasi yang kian meningkat.
BANTUAN B40 RM 400, RM 700 Dan RM 900
Isi Rumah B40 adalah golongan yang menerima jumlah bantuan yang terbanyak jika dibandingkan dengan Isi Rumah M40 dan golongan bujang. B40 disini bermaksud isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah.
Jumlah tertinggi bagi bayaran BKM pada kali ini adalah RM 900. Berikut adalah jumlah bantuan bagi setiap isi rumah B40
1) B40 berumur 59 tahun dan ke bawah
- Tiada anak – RM 200
- 1-2 anak – RM 300
- 3 dan lebih anak – RM 400
2) B40 berumur 60 tahun dan ke atas
- Tiada anak – RM 500
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan lebih anak – RM 700
3) B40 ibu bapa tunggal yang mempunyai anak – tiada had umur
- 1-2 anak – RM 800
- 3 dan lebih anak – RM 900
TARIKH BAYARAN BKM
Seperti yang dinyatakan, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat hingga 27 September ini.
Manakala, pembayaran BKM 2022 adalah pada bulan Disember ini. Tiada tarikh yang dikeluarkan setakat ini.