BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BAKAL DITAMBAH
Kerajaan memberi bayangan akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu kenaikan harga barang dalam negara masih berlarutan.
Pembayaran kemungkinan untuk fasa 3 dan fasa 4 akan ditambah sekiranya isu kenaikan harga ini berterusan.
JUMLAH BANTUAN AKAN DITAMBAH
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan khususnya golongan B40.
“Bantuan BKM RM 2,600 siapa nak bagi ? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM 2,000. Kita sekarang bagi RM 2,600.
“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya.
Beliau brkata demikian ketika berucap pada Kenduri Rakyat bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Siri Kelima di Litar Dato Sagor, pada Ahad.
JANGKAAN TARIKH BAYARAN BKM FASA 3
Terdahulu, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 dan 2 telah dikreditkan pada penghujung Mac dan Jun.
Walau bagaimanapun, pembayaran bagi fasa 3 belum diumumkan setakat ini. Pelbagai jangkaan telah dibuat sehingga ada pihak yang memperkatakan bahawa pembayaran BKM Fasa 3 mula dikreditkan pada 1 September. Untuk pengetahuan anda, perkara tersebut adalah TIDAK BENAR.
Pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh bayaran rasmi BKM Fasa 3 ini. Oleh itu, tidak perlulah kita menghebah-hebahkan perkara yang kurang pasti atau ‘clickbait’ kepada orang awam.
Manakala, jangkaan tarikh bayaran bagi BKM Fasa 3 adalah pada penghujung September sama seperti pembayaran fasa 1 dan 2 lepas.
OBJEKTIF BANTUAN
Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini adalah untuk meringankan beban rakyat, kerajaan menyalurkan wang bantuan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang seterusnya akan disalurkan pada September ini.
SEMAKAN STATUS BKM FASA 2
Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM