Bantuan Sehingga RM 900 Dibayar Berperingkat Mulai Hari Ini

Bantuan Sehingga RM 900 Dibayar Berperingkat Mulai Hari Ini

 Bantuan Sehingga RM 900 Dibayar Berperingkat Mulai Hari Ini. Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 bakal dikreditkan pada 20 September ini. Perkara tersebut telah dipastikan oleh Perdana Menteri. Pembayaran pada kali ini turut melibatkan penerima yang lulus rayuan.

DIBAYAR SECARA BERPERINGKAT MULAI HARI INI

Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai
  • 20 September 2022 secara berperingkat dan
  • dijangka selesai hingga 27 September 2022.
Pembayaran berjumlah RM 2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada dan mereka yang lulus Rayuan BKM.

JUMLAH BANTUAN TERKINI FASA 3 (PENERIMA SEDIA ADA) 

Berikut adalah kadar bayaran mengikut jenis kategori penerima :
1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 dan lebih anak – RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas


a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 500
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan lebih anak – RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 1-2 anak – RM 800
  • 3 anak dan lebih – RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,00
  • 1-3 anak dan lebih – Kesemua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak – pemohon 60 tahun dan ke atas

  • RM 150

JUMLAH BANTUAN TERKINI BAGI PENERIMA RAYUAN BKM 

Menurut Perdana Menteri, lebih 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan merima bantuan sehingga RM 2,350 mengikut kelayakan termasuklah Bantuan Tunai Tambahan BKM yang diberikan pada Jun lepas.

CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status :
  1. Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau apa-apa maklumat lain yang diperluakan anda boleh layari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

Leave a Comment