Bayaran BKM Fasa 3 & Rayuan Secara Tunai Melalui BSN

Bayaran BKM Fasa 3 & Rayuan Secara Tunai Melalui BSN

Bayaran BKM Fasa 3 & Rayuan Secara Tunai Melalui BSN. Terkini, pembayaran secara tunai bagi Bantuan Keluarga Malaysia fasa 3 boleh dilakukan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) tetapi terhad kepada yang tiada akaun bank atau gagal kredit.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM adalah sebuah bantuan bersasar yang diberikan kepada setiap golongan yang layak terdiri daripada bujang, berkeluarga, ibu dan bapa tunggal dan lain-lain.
Pembayaran BKM ini adalah sebanyak 4 fasa tidak termasuk dengan bayaran BKM Bantuan Tunai Tambahan pada Jun lepas.
Baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan pembayaran BKM Fasa 3 akan bermula 20 HINGGA 27 September secara berperingkat.

PEMBAYARAN BKM FASA 3 TUNAI DI KAUNTER BSN

Untuk terima pembayaran secara tunai, ia boleh dibuat bermula 20 September 2022 lagi. Pembayaran secara tunai hanya terbuka kepada penerima yang tidak memilik akaun bank atau gagal kredit pada semakan BKM.

Penerima perlu membawa kad pengenalan sahaja dan serahkan kepada staff yang bertugas di kaunter BSN berdekatan anda. 
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk terima bayaran tunai BKM.

CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status :
  1. Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau apa-apa maklumat lain yang diperluakan anda boleh layari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

JANGKAAN TARIKH BAYARAN BKM FASA 3 BAGI SETIAP BANK

Pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan antara penerima yang pertama terima BKM Fasa 3. Kemudian diikuti dengan penerima bank akaun lainnya.
Mengikut laporan yang diterima, terdapat beberapa pemegang akaun BSN telah menerima BKM awal sehari iaitu pada 19 September 2022.
  • Bank Simpanan Nasional – 19 September 2022
  • Maybank – 20 September
  • Bank Islam – 20 September
  • RHB Bank – 20 September 
  • CIMB Bank – 20 September 
  • Public Bank – 20 September
  • Bank Rakyat – 20 September
  • Lain-lain bank – 20 September
Walau bagaimanapun sekiranya BKM anda belum dikreditkan pada 20 September, anda tidak perlu risau kerana pembayaran adalah secara berperingkat sehingga 27 September 2022 seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri.

Leave a Comment