Jangan Terlepas, Ini Adalah Senarai Tarikh Bantuan Kerajaan Oktober 2022

 

Senarai Tarikh Bantuan Kerajaan Bulan Oktober 2022

Dalam usaha untuk membantu rakyat yang berkeperluan, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan yang dibuka untuk permohonan beserta syarat-syarat kelayakan.

Begitu juga pada bulan Oktober ini, berikut adalah senarai ANTARA bantuan yang anda boleh mohon atau terima pada bulan ini. Sila semak di bawah

BANTUAN BULANAN JKM

Salah satunya adalah bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sedia maklum terdapat beberapa jenis bantuan yang dibayar dalam bentuk bulanan termasuklah bantuan kanak-kanak, orang tua, Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.
Tarikh bagi pembayaran bulan Oktober adalah dijangkakan pada 10 dan 11 Oktober ini.

BANTUAN MYSALAM

MySalam adalah sebuah bantuan takaful perlindungan kesihatan percuma kepada golongan B40. Perlindungan ini adalah untuk membantu dan memudahkan kehidupan rakyat yang layak untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan kekangan kewangan dengan penyakit yang dihidap.
Penerima BKM yang B40 adalah layak untuk terima inisiatif ini secara automatik. MySalam akan menyokong 45 penyakit kritikal termasuklah alzheimer, pembedahan otak dan lain-lain. Tarikh bayaran bantuan ini adalah pada bila-bila masa sahaja tanpa tarikh tutup.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh adalah sebuah bantuan kewangan berjumlah RM 600 yang akan dibayar dalam 2 fasa iaitu pada November dan Disember depan.
Permohonan BMT telah ditutup pada 15 September lepas. Walau bagaimanpun permohonan rayuan bakal dibuka buat rakyat bermula 16 September hingga 31 Oktober 2022.

PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Tujuan utama perantisiswa ini adalah untuk memastikan kelompok B40 terus seiring dengan pembelajaran yang pada saat ini memerlukan pelbagi jenis kemudahan termasuklah tablet. Oleh itu, mahasiswa B40 yang layak bakal menerima bantuan berbentuk tablet.
Permohonan bagi perantisiswa ini sudah ditutup pada bulan lepas. Proses kelulusan dan pemberian tablet pula akan dilakukan dari masa ke masa.

Leave a Comment