Tiada Bayaran Bagi Kategori Ini Pada BKM Fasa 4

Tiada Bayaran Bagi Kategori Ini Pada BKM Fasa 4

Terdapat beberapa kategori yang tidak akan dibayar pada BKM Fasa 4. Ini kerana pembayaran bantuan tersebut telah diselesaikan pada fasa-fasa sebelum ini.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia adalah sebuah bantuan berjumlah RM 2,500 secara keseluruhan mengikut kelayakan masing-masing. Bantuan ini adalah secara bersasar dan mengutamakan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan tersebut telah dikreditkan sebanyak 3 kali dan pembayaran terakhir bakal dikreditkan pada Disember ini.

TIADA BAYARAN BAGI KATEGORI INI

Penerima BKM yang tidak dibayar pada BKM Fasa 4 kelak adalah
  • Kategori Bujang berumur 59 tahun dan kebawah
  • Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang tidak mempunyai anak

BKM FASA 4 RM 600 – RM 900

Penerima yang layak untuk terima bantuan dengan jumlah berkenaan adalah terdiri daripada isi rumah, berikut adalah kategori yang layak

1. Kategori Isi Rumah – 59 tahun dan ke bawah & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • 0 anak – RM 300
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900

2) Kategori Isi Rumah – 60 tahun dan ke atas & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • 0 anak – RM 300
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900

3. Kategori Isi Rumah (IBT) yang mempunyai anak – Tiada Had Umur & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Setakat ini tiada khabar bila pembayaran bakal dikreditkan. Tetapi seperti yang ditetapkan, pembayaran bakal dikreditkan selewatnya sebelum 1 Januari 2023 kelak.
Sebarang kemaskini tarikh bayaran akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Leave a Comment