Pembayaran bantuan berjumlah RM 600 bakal dikreditkan pada Disember ini. Bantuan tersebut dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia adalah sebuah bantuan berjumlah RM 2,500 secara keseluruhan mengikut kelayakan masing-masing. Bantuan ini adalah secara bersasar dan mengutamakan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan tersebut telah dikreditkan sebanyak 3 kali dan pembayaran terakhir bakal dikreditkan pada Disember ini.
BANTUAN BERJUMLAH RM 600 – RM 900
Penerima yang layak untuk terima bantuan dengan jumlah berkenaan adalah terdiri daripada isi rumah, berikut adalah kategori yang layak
1. Kategori Isi Rumah – 59 tahun dan ke bawah & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
- 0 anak – RM 300
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan ke atas – RM 900
2) Kategori Isi Rumah – 60 tahun dan ke atas & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
- 0 anak – RM 300
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan ke atas – RM 900
3. Kategori Isi Rumah (IBT) yang mempunyai anak – Tiada Had Umur & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan ke atas – RM 900
TARIKH BAYARAN BKM FASA 4
Setakat ini tiada khabar bila pembayaran bakal dikreditkan. Tetapi seperti yang ditetapkan, pembayaran bakal dikreditkan selewatnya sebelum 1 Januari 2023 kelak.
Sebarang kemaskini tarikh bayaran akan dimaklumkan dari masa ke masa.