BKM 2023 : Kadar Bayaran Bagi Kategori Yang Layak. Kerajaan melalui Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 pada 8 Oktober 2023. Sudah tentu, perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah belajawan bagi rakyat ataupun bantuan rakyat.
Oleh itu, berikut adalah maklumat terperinci mengenai kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia pada 2023 kelak.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2023
Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM kini masih diteruskan bagi tahun kedua iaitu pada 2023 kelak. Secara mudahnya, BKM adalah sebuah bantuan kerajaan yang mensasarkan golongan yang berkeperluan termasuklah isi rumah, ibu dan bapa tunggal dan bujang.
KADAR BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Ini adalah maklumat terkini mengenai perubahan BKM 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan sebentar tadi.
1) Isi Rumah Berpendapatan RM 2,500 dan Ke Bawah
- 1-4 orang anak : RM 1,000 – RM 2,000
- 5 orang anak dan ke atas : RM 2,500
2) Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000
Berpeluang terima bantuan antara RM 500 hingga RM 1,250 secara keseluruhan bergantungan dengan bilangan anak
3) Warga Emas Dan Golongan Bujang
Tiada perubahan jumlah bantuan, jumlah bantuan adalah seperti berikut (bergantung jumlah pendapatan bulanan)
- Warga Emas – RM 600
- Bujang – RM 350
4) Bantuan Tambahan Ibu Dan Bapa Tunggal Yang Mempunyai Tanggungan
Bagi tahun 2023, ibu dan bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bantuan tambahan BKM RM 500 masih diteruskan.
Ini bermakna, ibu dan bapa tunggal berpeluang terima bantuan BKM hingga RM 3,000 secara keseluruhan.
TARIKH PERMOHONAN BAHARU
Permohonan baharu dijangkakan kembali dibuka pada Januari 2023 kelak. Walau bagaimanapun, setakat ini belum adalah maklumat keseluruhan mengenai syarat kelayakan dan jumlah bantuan penuh bagi setiap kategori.