Terbaru, pihak KWSP baru sahaja mengumumkan secara rasmi mengenai pelancaran sebuah program yang dikenali sebagai i-Lindung KWSP. Berikut adalah maklumat penuh mengenainya. i-Lindung KWSP ini adalah untuk rakyat Malaysia.
I-LINDUNG UNTUK RAKYAT MALAYSIA
i-Lindung adalah platform layan diri di dalam i-Akaun untuk memberi kemudahan bagi pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli yang membenarkan ahli untuk melakukan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membeli produk insurans dan menyertai produk takaful dari syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP yang menggunakan i-Akaun
- Mempunyai baki simpanan di dalam akaun KWSP
JENIS PERLINDUNGAN YANG DITAWARKAN
- Perlindungan hayat
- Perlindungan penyakit kritikal
CIRI UTAMA I-LINDUNG
1. Proses yang lancar
- Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan
2. Sebut harga serta merta
- Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian
3. Pusat maklumat
- Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan
4. Paparan keseluruhan
- Memaparkan maklumat berkaitan polisi/sijil yang dibeli secara keseluruhan
5. Bila-bila masa dan di mana sahaja
- Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua
PEMBELIAN PRODUK I-LINDUNG DENGAN EJEN INSURANS ?
Tidak, pembelian produk di bawah i-Lindung hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun sahaja. Anda tidak boleh membeli dengan mana-mana ejen insurans atau takaful di luar.
Sumber : KWSP i-Lindung