Perdana Menteri telah membentangkan mengenai Mini Bajet 2023 di Dewan Rakyat. Pelbagai jenis bantuan kewangan yang anda berpeluang terima pada Januari 2023 ini.
Program bantuan ini adalah tanda usaha berterusan kerajaan untuk membantu rakyat yang berkeperluan termasuklah golongan B40, warga emas, bujang dan lain-lain.
Berikut adalah antara jenis bantuan yang dibentangkan pada Mini Bajet 2023 lalu, yang anda berpeluang untuk terima pada Januari ini.
SENARAI BANTUAN KEWANGAN
1. Bantuan Tunai Rakyat (BTR)
Program Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah sebuah inisiatif yang diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan. Pembayaran BTR ini telah diawalkan daripada bulan Mac kepada Januari 2023 ini.
Pembayaran dipercepatkan untuk membantu rakyat yang kurang mampu tambahan lagi pada musim tengkujuh ini.
Setakat ini hanya pembayaran bulan Januari sahaja diumumkan jumlah iaitu
- RM 300 – Untuk Isi Rumah
- RM 100 – Untuk Bujang
2. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Sebuah bantuan tahunan untuk pelajar sekolah dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) turut diteruskan.
Berbeza pada kali ini, pembayaran adalah untuk semua pelajar tanpa melihat pendapatan bulanan ibu bapa. Oleh itu, pembayaran RM 150 akan diberikan kepada setiap pelajar yang Warganegara Malaysia.
Pembayaran akan dilaksanakan melalui sekolah masing-masing. Anda turut boleh menyemak kelayakan melalui pihak sekolah.
3. Bantuan Khas Kewangan
Berita baik kepada penjawat awam dimana anda bakal menerima bantuan tambahan berbentuk kewangan.
Bantuan berjumlah RM 700 kepada semua penjawat awam yang Gred 56 dan ke bawah. Manakala bantuan RM 350 kepada pesara kerajaan.
Pembayaran bakal dilakakukan seawal bulan Januari ini. Tiada tarikh terkini diumumkan.
KENAIKKAN GAJI
Selain daripada bantuan-bantuan berbentuk kewangan, penjawat awam turut menikmati kenaikkan gaji RM 100 bagi Gred 11 hingga Gred 56.
Kenaikkan akan bermula pada tahun 2023 ini.