Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM 150 Mula Dibayar Secara Berperingkat

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) MULA DIBAYAR BERPERINGKAT

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM 150 mula dibayar secara berperingkat. BAP adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2012 lagi.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan bermula pada tahun 2012 untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa terutamanya pada awal musim persekolahan.
Pemberian bantuan ini adalah terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan.

KADAR BAYARAN BANTUAN

Bermula 2022, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dibayar one-off berjumlah RM150 bagi setiap murid. Bagi tahun 2023, jumlah bayaran adalah tidak berubah iaitu masih kekal RM 150.
Berbanding BAP 2021 dan tahun-tahun sebelumnya dimana jumlah bantuan hanyalah RM 100 sahaja. Oleh itu, jika anda memiliki tiga orang anak maka mereka layak terima RM 450.

BAJET BAP RM 150 SEORANG

Peruntukan disediakan untuk BAP adalah membabitkan RM 825 juta, jauh melebihi tahun ini RM 450 juta.

TARIKH BAYARAN

Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM 150 kepada semua murid yang diumumkan kerajaan akan disalurkan seawal 12 Januari ini.

BAP RM 150 DIBAYAR SECARA BERPERINGKAT

Untuk pengetahuan anda, pembayaran Bantuan Awal Persekolahan mula dibayar secara berperingkat. Tarikh pembayaran ditetapkan oleh pihak sekolah bagi pembayaran tunai. Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang mempunyai akaun bank, pembayaran secara kredit bakal dilaksanakan.
Penetapan tarikh bayaran tunai bakal ditetapkan oleh sekolah masing-masing supaya ibu, bapa atau penjaga dapat hadir.

SYARAT KELAYAKAN

Kini bagi BAP 2023, bantuan diberikan TANPA MENGIRA had pendapatan ibu bapa. Oleh hal demikian, kesemua murid layak terima bantuan sekiranya
  • murid tersebut adalah warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta

KAEDAH BAYARAN

Pembayaran akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu 
1. Secara Tunai
  • Diberikan melalui sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan untuk para ibu bapa hadir untuk terima bantuan
2. Secara Kredit

  • Dikreditkan bantuan kepada murid/ibu bapa yang mempunyai akaun bank. 
Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah akan membuat pembayaran secara tunai. 

Leave a Comment