Terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai e-Pemula berjumlah RM 200 yang akan diagihkan kepada belia dan pelajar yang layak.
Pelbagai jenis bantuan kerajaan yang akan diberikan pada tahun ini termasuklah Sumbangan Tunai Rakyat, Bantuan Awal Persekolahan, e-Pemula dan banyak lagi.
Tujuan utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu rakyat yang susah atau memerlukan.
e-PEMULA 2023
e-Pemula 2023 adalah sebuah bantuan berbentuk e-Wallet yang tidak boleh ditunaikan kepada wang ringgit. Ia merupakan bantuan yang diteruskan. Tahun 2022, rakyat Malaysia turut menerima bantuan
e-Pemula 2022.
SYARAT KELAYAKAN E-PEMULA 2023
Ini adalah syarat kelayakan bagi e-Pemula 2023,
- Diberikan kepada golongan belia yang berumur 18-20 tahun
- Diberikan kepada setiap mahasiswa & mahasiswi warganegara Malaysia tanpa had umur yang melanjutkan pelajar di mana-mana Universti Awam dan Universiti Swasta.
KADAR BAYARAN E-PEMULA 2023
Untuk pengetahuan anda, jumlah bantuan e-Pemula dinaikkan bermula 2023. Pakej bantuan ini dinaikkan daripada RM 150 ke RM 200 seorang bagi yang layak.
Walau bagaimanapun, bagi belia M40 dengan jumlah pendapatan kurang dari RM 100 ribu setahun turut menerima e-Pemula RM 100.
CARA TERIMA BANTUAN E-PEMULA
Penebusan e-Pemula boleh dilakukan melalui aplikasi perkhidmatan yang berikut
- ShopeePay
- BigPay
- GrabPay
- Touch N Go eWallet
TARIKH BAYARAN
Buat setakat ini, tiada tarikh bayaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dijangkakan pembayaran bakal bermula pada pertengahan tahun ini.
Sebarang kemas kini tarikh bayaran akan kami maklumkan dari masa ke masa.