Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diawalkan dari bulan Mac ke bulan Januari ini. Oleh hal demikian, pembayaran bantuan tersebut bakal dibayar selewat-lewatnya penghujung Januari. Ini adalah semakan Bantuan Tunai Rakyat BTR Fasa 1.
BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR)
Meringankan beban rakyat merupakan antara perkara wajib yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan. Oleh hal demikian, Bantuan Tunai Rakyat diperkenalkan sebagai gantian kepada Bantuan Keluarga Malaysia 2022.
Objektif yang sama tetapi mungkin terdapat sedikit perbezaan termasuklah kelayakan, jumlah bantuan dan peringkat pembayaran.
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 1
Untuk pengetahuan anda, portal rasmi BTR 2023 masih menggunakan portal BKM 2022. Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak LHDNM.
Untuk membuat semakan bantuan, anda perlu log in di bkm.hasil.gov.my
KELAYAKAN BTR
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Bantuan Tunai Rakyat (BTR) diberikan kepada
- Bujang
- Isi Rumah
Data maklumat dijangkakan masih menggunakan kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia 2022. Buat setakat ini, tiada permohonan baharu bagi Bantuan Tunai Rakyat 2023 bagi rakyat yang tidak pernah menerima bantuan tersebut.
JUMLAH BANTUAN TUNAI RAKYAT
Jumlah bantuan yang diumumkan setakat ini adalah untuk pembayaran bulan Januari sahaja iaitu
- RM 100 – Kategori Bujang
- RM 300 – Kategori Isi Rumah
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Jika mengikut jadual pembayaran BKM 2022, pembayaran bantuan bakal dilaksanakan dalam minggu ketiga ataupun keempat dalam bulan pembayaran.
Oleh hal demikian, disebabkan Perdana Menteri sudah memberi jaminan bahawa pembayaran bakal dikreditkan pada Januari, selewat-lewatnya bayaran bantuan adalah pada penghujung bulan bersamaan 31 Januari.