Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan mula dibayar pada Januari ini setelah diawalkan daripada bulan Mac. Pembayaran pada kali ini akan melibatkan beberapa kategori berkepentingan untuk membantu rakyat yang susah. Berikut adalah artikel mengenai jangkaan jadual bayaran BTR Fasa 1 Mulai Januari ini.
BANTUAN TUNAI RAKYAT
Bantuan Tunai Rakyat merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara berperingkat. Ia merupakan bantuan yang sama dengan BR1M, BSH, BPR dan BKM tetapi dengan jumlah bantuan yang berbeza-beza.
Menurut Perdana Menteri, bantuan ini merupakan inisiatif yang diteruskan daripada kerajaan terdahulu atau lebih dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
PEMBAYARAN BTR DIAWALKAN UNTUK BANTU RAKYAT
Menurut Perdana Menteri, bantuan tunai rakyat 2023 tersebut bakal memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini merupakan bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan lalu yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tetapi hanya nama sahaja yang berubah.
Selalunya pembayaran bantuan fasa 1 adalah pada bulan Mac setiap tahun, walau bagaimanapun dengan mengambil kira keperluan musim tengkujuh, Kerajaan bersetuju untuk menyegerakan pembayaran bantuan iaitu pada Januari 2023 kelak.
KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BTR
Setakat ini Perdana Menteri hanya mengumumkan kategori berikut yang bakal terima Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 nanti
- Isi Rumah
- Bujang
JUMLAH BTR FASA 1
Pembayaran akan dimulakan pada bulan Januari atau lebih dikenali pembayaran fasa 1.
Setakat ini hanya jumlah pembayaran fasa pertama (Januari 2023) sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan iaitu
1. Isi Rumah – RM 300
2. Bujang – RM 100
SYARAT KELAYAKAN
Disebabkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan yang diteruskan oleh kerajaan lalu iaitu (BKM), berkemungkinan besar syarat kelayakan adalah sama ataupun lebih kurang sahaja.
TARIKH BAYARAN
Setakat ini, pemakluman mengenai jadual bayaran BTR Fasa 1 bulan Januari belum dihebahkan. Walau bagaimanapun, dijangkakan bahawa pembayaran bakal dikreditkan seawal pertengahan bulan ataupun penghujung bulan Januari ini.
Sebarang info mengenainya, akan dikemaskini dari masa ke masa.
CARA BAYARAN
Sekiranya tiada perubahan mendadak, dijangkakan pembayaran adalah secara automatik ke akaun bank dan penebusan melalui kaunter BSN bagi yang tiada kad bank.
Manakala data penerima pula adalah berdasarkan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM).
PERMOHONAN BAHARU
Disebabkan perkara ini baru sahaja diumumkan, dijangkakan permohonan baharu turut bakal dibuka pada awal 2023 kelak bagi pemohon yang tidak pernah atau gagal menerima BKM 2022 lalu.
Sebarang informasi terkini bakal di kemas kini.