Ini adalah jadual jangkaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 mengikut bank. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembayaran rasmi Sumbangan Tunai Rahmah bermula 17 Januari 2023.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 atau sebelum ini iaitu Bantuan Tunai Rakyat adalah sebuah bantuan kerajaan yang berbentuk kewangan. Perdana Menteri telah meluluskannya pada pembentangan mini bajet Disember lepas.
Perdana Menteri telah mengarahkan agar bantuan ini disegerakan, oleh hal demikian pembayaran bantuan ini diawalkan daripada bulan Mac 2023 ke Januari ini.
KADAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Jumlah pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah adalah berbeza mengikut kelayakan :
RM 300
- Diberikan kepada kategori isi rumah
RM 100
- Kepada bujang
- Kepada warga emas tiada pasangan
KATEGORI PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Diberikan kepada kategori
- Bujang
- Isi Rumah
JADUAL BAYARAN STR FASA 1 MENGIKUT BANK
- Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran bermula 15 Januari
- Bank Islam – Bermula 16 Januari hingga kini
- Maybank – Lewat, pembayaran bermula 17 Januari
- Public Bank – Bayaran bermula 17 Januari
- CIMB Bank – Bermula 17 Januari
- Bank Muamalat – 17 Januari
- Lain-lain Bank – Pembayaran secara berperingkat mulai 17 Januari
CARA SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Semakan SUMBANGAN TUNAI RAHMAH sudah boleh dibuat melalui portal rasmi. Sebelum ini, kita maklum bahawa belum ada portal rasmi. Oleh hal demikian, bermula 17 Januari portal rasmi STR telah dilancar.
Ini adalah cara untuk semakan
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di bahagian kiri yang tertera logo MYSTR
- Pastikan No MyKad anda merupakan penerima STR Fasa 1
- Masukkan maklumat keselamatan
- Masukkan kata kunci keselamatan dan kata laluan
- Semakan boleh dibuat
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Pembayaran secara rasmi adalah bermula 17 Januari 2023. Walau bagaimanapun, pembayaran sudah bermula sejak 15 Januari 2023.
Untuk pengetahuan anda, pembayaran adalah secara berperingkat. Oleh itu, anda perlu sabar menunggu.