Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan dalam beberapa bulan ke depan. Mari semak kategori penerima bagi STR FASA 2 sekarang juga !
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah kerajaan yang berbentuk kewangan disalurkan kepada rakyat berdasarkan kelayakan masing-masing.
Objektif utama pelaksanaan bantuan ialah untuk meringankan beban dan kos sara hidup penerima yang semakin meningkat pada tahun ini.
Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan dalam beberapa peringkat dan bayaran peringkat 1 / fasa 1 sudah dilaksanakan pada Januari lalu.
STR FASA 1 DAN FASA SETERUSNYA
Pembayaran STR Fasa 1 sudah dikreditkan pada bulan lepas iaitu Januari. Jumlah pembayaran adalah RM 300 bagi kategori isi rumah manakala RM 100 bagi kategori bujang dan warga emas tiada pasangan.
Pembayaran bantuan ini adalah secara berperingkat dan pembayaran Fasa 1 dijangkakan sudah selesai.
Seterusnya adalah pembayaran STR Fasa 2 pula. Dijangkakan pembayaran STR ini melalui 4 peringkat bermula fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 pada penghujung tahun ini.
KATEGORI PENERIMA STR FASA 2
Kategori penerima bagi STR Fasa 2 dijangkakan tiada berlaku sebarang perubahan. Hal ini kerana kelayakan STR Fasa 1 lalu turut berdasarkan data penerima BKM 2022 lepas.
Bagi Fasa 2, pembayaran turut dikreditkan kepada golongan yang sama kecuali terdapat pengecualian yang diumumkan terutamanya dengan perbezaan jumlah bantuan.
Ini adalah kategori STR Fasa buat setakat ini
KATEGORI ISI RUMAH
- Berkahwin atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menetapi syarat
- Berpendapatan bulanan di bawah RM 5,000 dan ke bawah
KATEGORI BUJANG
- Bujang atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda tidak mempunya anak
- Berumur antara 21 hingga 59 tahun
- Berpendapatan bulanan RM 0 – RM 2,500 sahaja
TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Setakat ini tiada apa-apa informasi terkini yang diterima mengenai tarikh bayaran STR Fasa 2. Ini kerana masih terlalu awal disebabkan bayaran STR Fasa 1 baru sahaja berakhir.
Dijangkakan bahawa pengumuman bakal dibuat oleh Perdana Menteri mengenai tarikh bayaran STR Fasa 2 kepada rakyat dalam beberapa bulan ke depan.
Kami menjangkakan bahawa STR Fasa 2 pada bulan April atau lebih khususnya sebelum hari raya Aidilfitri. Tapi ia hanya sekadar tekaan kami.