Pencarum Mempunyai Baki Cukup Untuk Pengeluaran KWSP

Menurut sumber yang diterima, pencarum pencarum mempunyai baki yang mencukupi untuk pengeluaran KWSP 2023. Sila semak info penuh di bawah

PENGELUARAN KWSP 2023

Sehingga hari ini ramai yang masih berharap agar Pengeluaran KWSP dilakukan walaupun secara bersasar. Pencarum turut sedia maklum jumlah simpanan akan berkurang sekiranya ia dibenarkan tetapi mereka sanggup mengambil risiko tersebut untuk keperluam hari ini.

Oleh hal demikian, pelbagai pihak yang sentiasa menyuarakan suara rakyat untuk pengeluaran KWSP bagi tahun 2023 ini.

PENCARUM MEMPUNYAI BAKI MENCUKUPI

Berdasarkan kajian Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang mendapati 79.6% daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki akaun Satu lebih RM 10,000. Manakala selebihnya adalah kurang RM 10,000.

KAJI SELIDIK DILAKUKAN

Menurut Presiden PGIRM Azmi Mohd Tahir, kaji selidik dilakukan selama 12 hari bermula 20 hingga 31 Disember 2022 lepas. Ia bertujuan sebagai data sokongan tambahan untuk Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar yang akan dibentangkan kepada kerajaan.

Menurut beliau daripada kaji selidik tersebut ternyata pencarum KWSP yang terdesak memerlukan Pengeluaran KWSP secara bersasar kepada yang mempunyai jumlah baki yang mencukupi untuk pengeluaran.

SERAHAN MEMORANDUM

Menurut Azmin, PGIRM sudah mmebuat serahan memorandum kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin pada 19 Disember lepas di hadapan bangunan presiden.

Leave a Comment