Kini pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Ia termasuklah bantuan kepada golongan berumah tangga, keluarga, warga emas dan bujang.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bayaran Fasa 2 bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) mula dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Februari 2023.
BMT adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh.
JUMLAH BANTUAN
Berikut adalah jadual pembayaran untuk bantuan khas ini seperti di bawah :
- Fasa 1 pada bulan Januari 2023 : RM300
- Fasa 2 pada bulan Februari 2023 : RM300
- Fasa 3 pada bulan Mac 2023 : RM200
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
PEKEBUN KECIL RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
- Keluasan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
PENOREH BUKAN PEMILIK
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Pembayaran akan dibuat melalui Pemindahan Dana Elektronik (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.
Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/