Bantuan Satu Keluarga RM600. Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membeli nasib rakyat susah terutamanya golongan yang memerlukan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan ditambah baik.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR
Berikut dikongsikan senarai penerima untuk pembayaran STR :
- Isi Rumah – Tiada had umur & Berpendapatan bulanan RM 0 – RM 5,000
- Warga Emas Sebatang Kara – 60 Tahun dan ke atas & Pendapatan bulanan RM 0 – RM 5,000
- Bujang – 21 hingga 59 tahun & Pendapatan bulanan RM 0 – RM2,500
- Bujang OKU – 19 hingga 59 tahun & Pendapatan bulanan RM 0 – RM2,500
- Isi Rumah Miskin Tegar – Tiada had umur & Pendapatan bulanan RM 1,169 dan ke bawah
STR FASA 2: TARIKH & JUMLAH BAYARAN
Untuk pembayaran STR Fasa 2, belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan Malaysia. Namun begitu, melalui belanjawan yang telah dibentangkan pada 24 Februari 2023, kerajaan telah melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2023.
PROSES PEMBAYARAN BANTUAN SATU KELUARGA RM600
- Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
- Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN
SEMAKAN STATUS BANTUAN SATU KELUARGA RM600
Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi
SAMBUNGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600.
Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100