E-Dompet 2023 : Bayaran Kredit Percuma Untuk Belia Bermula Jun Ini

Di bawah kerajaan MADANI, pemberian bantuan e-Wallet 2023 tetap diteruskan dengan jumlah bantuan RM 200 bagi setiap yang layak.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BANTUAN TAMBAHAN RM 200

E-PEMULA 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan berbentuk kredit yang terdapat di salah satu aplikasi yang dipilih yang tidak boleh ditukarkan kepada tunai atau lebih dikenali sebagai e-Wallet.

Pelaksanaan bantuan ini telah bermula sejak 2021 dan masih diteruskan sehingga tahun ini.

Tujuan utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melakukan pembelian sesuatu barang secara kredit dimana ia lebih selamat dan cepat.

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat syarat kelayakan yang ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing. Sila semak di bawah

  • Diberikan kepada pelajar Universiti Awam atau Swasta Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia atau
  • Diberikan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun sahaja

JUMLAH BANTUAN E-PEMULA

Program ini akan memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah

  • RM 200

TARIKH BAYARAN E-PEMULA

Secara rasminya bayaran akan bermula pada bulan Jun 2023 ini. Tetapi tarikh bayaran belum diumumkan setakat ini.

Leave a Comment