29 Oktober 2021 ialah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Yang Berhormat Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.
Untuk pengetahuan pembaca, Bajet 2022 dilakar serta dirangka berdasarkan senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik.
Menteri Kewangan, DatuK Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz turut memberi jaminan program bantuan dan sokongan kan diteruskan untuk pemulihan daripada kesan jangka panjang pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi.
BAJET 2021
Pembentangan Bajet 2021 lalu merupakan antara Bajet tertinggi negara termasuklah beberapa bantuan penting diumumkan seperti :
- pengeluaran i-Sinar
- Geran Khas Prihatin
- Bantuan Prihatin Rakyat menggantikan Bantuan Sara Hidup
- eBelia
dan banyak lagi…
Untuk Belanjawan 2022, berikut dikongsikan serba sdikit tentang perangkaan dan antara bantuan yang menjadi perhatian dalam pembentangan nanti.
MATLAMAT BAJET 2022
Kerajaan akan fokus pada 3M (3R) dalam Belanjawan 2022 nanti. 3M ialah tersebut ialah
- Memulih kehidupan (Recovery)
- Membina semula daya tahan (Resilience)
- Memankin pembaharuan (Reform)
Dijangkakan bahawa Kerajaan turut memperuntukkan jumlah yang tinggi untuk Bajet 2022 berbanding Bajet 2021 lalu.
Bagi rakyat yang terjejas, jangan risau kerana kerajaan akan terus komited memberikan bantuan khusus serta berusaha memulihkan ekonomi negara.
KENYATAAN PRA-BAJET PERTAMA NEGARA
Sebagai salah satu usaha menambah baik proses penyediaan bajet tahunan, Kementerian Kewangan bersetuju menerbitkan Kenyataan Pra-BAJET (KPB) untuk bajet 2022. Ini merupakan KPB pertama dalam sejarah tanah air.
Langkah ini bertepatan dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa iaitu KPB diterbitkan bagi meningkatkan ketelusan proses merangka inisiatif bajet tahunan, serta membina keyakinan awam terhadap pengurusan fiskal negara terutamanya dalam kalangan pelabur.
Melalui penerbitan KPB, rakyat berpeluang meneliti beberapa penanda aras termasuk :
- Tinjauan ekonomi berdasarkan kepada senario ekonomi global, semakan ke atas prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar dan unjuran ekonomi bagi tahun 2022 serta sasaran fiskal untuk 2021/2022
- Status prestasi hasil percukaian dan inisiatif cukai yang telah diumumkan dalan Belanjawan 2021 dan pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2021. Dokumen KPB juga meliputi pengurusan ketirisan hasil, komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa serta strategi meningkatkan hasil dan memantapkan sistem percukaian dan
- Status perbelanjaan 2021 dan faktor-faktor dan mengoptimum dan mengawal perbelanjaan.
KPB juga memberi gambaran awal berkenaan hala tuju, pendekatan yang diambil serta manfaat yang bakal dinikmati daripada Bajet 2022 yang akan dirangka berdasarkan matlamat berikut :
- Melindungi dan memulihkan kehidupan serta mata pencarian : Bajet 2022 akan menerusan usaha pemulihan dan memastikan negara berjaya keluar dairpada kemelut pandemik Covid-19 serta meneruskan agenda memulih kehidupan dan sektor ekonomim yang terjejas pasca-pandemik. Usaha juga akan digembleng bagi membantu golongan rentan dan mencipta peluang pekerjaan baharu
- Membina semula daya ketahanan negara : Bajet 2022 akan memberi penekanan kepada usaha untuk membina semula ketahanan sistem kesihatan negara, mepertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi terutamanya dalam sektor pendidikan dan menyediakan keperluan untuk negara beralih kepada sektor industri yang mempunyai produktiviti tinggi berasaskan teknologi automasi dan kemahiran tinggi.
- Memangkin pembaharuan : Bajet 2022 akan memastikan langkah pembaharuan dilaksanakan dengan memberi penumpuan kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDG), RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
MOF yakin bahawa penerbitan KPB akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara.
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz
Menteri Kewangan
31 Ogos 2021
Kenapalah kerajaan ni tidak bentang tentang pengaluaran kwsp kami yang ym10000 tu..macam kerajaan ni barat sngat untuk kc keluar ..kenapa ah?????walaupun kerajaan hanya mengaut keuntungan daripada wang kwsp kami tapijangan la buat kami begini,selama pendamik ni kami telah berhanti menjual2 di tamu2,dan keadaan kami amat kritikel,walaupun kerajaan suda bagi kami peluang untuk pngaluaran kwsp yg di beri secara berpringkat2 tpi itu blum dptmembantu kami..setekat 1000 seblun hanya untuk berplanjasn harian..tapi untuk kami buat mcm untuk membina ruma atau buat perblnjaan yg lain tidak dapat..barang skrng ini bukanya murah..dan kami juga teringin sngat ada tempat tinggal sendiri dan bukan menumpang atau menyewa..jadi kenapa kerajaan sngat keras untuk pengaluaran secara one of 10000 buat kami…sedangkan kerajaan ini pun manusia yg punya rasa rasa dan keinginan sendiri dan tahu bahawa duit sebanyak itu hanya bole buat apa.wahai encik zafrul sebagai pengurus keawaangan dakam kerajaan wang sebanyak rm1000 tu pun tak cukup untuk kamu guna dalam masa 3jam,belum sampai sehari,sedangkan kami 1000 tu untuk sebulan untuk satu keluarga,bayangkan di mana hati perut kerajaan buat kami,kamu sekali duduk di meja makan beratus2,sedangkan kami makan apa yang ada…padahal apa yang kerajaan guna tu adalah semua dari rakyat..jadi saya merayu sangat pada pihak kerajaan agar banarkan kami untuk pengaluaran secara one of rm10000,kami amat berharap,itu duit kami bukan makan duit kerajaan