Kredit e-Tunai RM 100 : Semak Tarikh Bayaran

Setelah pengumuman bantuan e-Pemula kepada belia dan pelajar universiti, kini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan e-Tunai RM 100 untuk seluruh rakyat.

Sila semak maklumat penuh di bawah.

BANTUAN e-TUNAI RM100

Pemberian bantuan e-Tunai ini semakin diperluaskan kepada golongan selain belia dan pelajar universiti. Umumnya terbuka kepada setiap individu dalam kategori B40 dan M40.

Tujuan utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melakukan pembelian sesuatu barang secara kredit dimana ia lebih selamat dan cepat.

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat kelayakan yang ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing. Sila semak di bawah

  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan RM 100,000 dan ke bawah bagi setiap tahun
  • Golongan B40 dan M40

JUMLAH BANTUAN E-PEMULA

Bantuan berjumlah RM 100 diberikan kepada rakyat berkelayakan iaitu individu berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan tahunan bawah RM 100,000.

Dijangkakan lebih daripada 10 juta rakyat akan menerima manfaat e-Kredit Rahmah ini.

CARA TERIMA BANTUAN

Penerimaan bantuan boleh ditebus melalui aplikasi e-Dompet yang diumumkan seperti

  • SETEL
  • BOOST
  • TNG E-WALLET

TARIKH BAYARAN E-PEMULA

Bayaran bantaun e-Kredit RM 100 ini akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini iaitu di antara bulan Oktober, November atau Disember.

Sebarang maklumat baharu akan kami kemas kini dari masa ke masa.

Leave a Comment