Skip to content

Bantuan Baucar RM 600 STR – Semak Sekarang

Bantuan Baucar RM 600 STR - Semak Sekarang

Pada tahun 2023 ini pelbagai bantuan kewangan disalurkan kepada setiap kategori khususnya bagi golongan miskin tegar dan B40.

Salah satunya adalah sebuah bantuan tambahan STR berbentuk baucar makanan berjumlah RM 600.

STR TAMBAHAN 2023

Kerajaan Perpaduan mengumumkan sebuah bantuan tambahan STR akan diberikan kepada penerima yang layak pada tahun ini.

Bantuan tambah tersebut adalah berjumlah RM 600 setiap penerima STR yang layak. Ia merupakan sebuah bantuan berbentuk sumbangan barang keperluan makanan dan bukannya bantuan kewangan.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya kategori di bawah sahaja layak terima STR TAMBAHAN INI

  • Penerima STR 2023 dan
  • Merupakan kategori ISI RUMAH MISKIN TEGAR
  • PGK miskin tegar atau pendapatan bulanan bersamaan RM 1,169 dan ke bawah
  • Tiada had umur untuk terima bantuan tambahan tersebut

JUMLAH BANTUAN

Kesemua ISI RUMAH MISKIN TEGAR yang mempunyai 0 anak dan ke atas akan terima jumlah bantuan yang sama iaitu

  • bernilai RM 600 setiap penerima

JADUAL BAYARAN

Bayaran bantuan RM 600 tersebut akan dipecahkan dalam 6 Fasa pembayaran. Jumlah bayaran bagi setiap bulan adalah RM 100 sahaja.

  1. RM 100 – JULAI
  2. RM 100 – OGOS
  3. RM 100 – SEPTEMBER
  4. RM 100 – OKTOBER
  5. RM 100 – NOVEMBER
  6. RM 100 – DISEMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *