Bantuan Bina Rumah Berjumlah RM60,000 : Semak Sekarang

Melalui Skim Pinjaman Perumahan (SPP), ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dengan bantuan / pinjaman yang ditawarkan hingga RM 60,000.

Usaha ini dapat untuk meningkatkan taraf kehidupan kepada golongan yang layak.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hinggga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM 1,000 hingga RM 3,000 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

SYARAT PINJAMAN

  • Had Pinjaman Maksimum RM 60,000 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau hingga umur 70 tahun
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina

SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA

Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM 1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.

  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  • Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon

SYARAT CAGARAN TANAH

Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.

  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut
  • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun
  • Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

  • Rumah kos rendah
  • Keluasan tanah 700 – 1,000 kaki persegi
  • Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur
  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oeh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja
  • Pemohon tidak boleh menggunakan pelan sendiri
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Perlantikam kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM 5,000
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

SUMBER PINJAMAN

Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP)

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Bahagian Pengurusan Perumahan, Cawangan Pembiayaan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan,

Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Nombor Telefon : 03-8891 4060,4049,4048

Faks : 03-8891 4269

Emel : spp@kpkt.gov.my