Bantuan eWallet RM100 Akan Diberikan Kali Terakhir Penghujung Februari Ini

Bantuan eWallet RM100 akan diberikan kali terakhir pada penghujung Februari ini. Bantuan Khas e-Madani RM100 Hingga Februari Ini .Sebuah bantuan e-Kredit dikenali sebagai e-Madani diberikan kepada rakyat yang layak.

Bantuan e-Madani RM100 ini akan diberikan kepada semua rakyat dewasa warganegara Malaysia berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

BANTUAN TAMBAHAN KHAS E-TUNAI

Jika sebelum bantuan berbentuk e-Wallet ini hanya diberikan kepada golongan belia serta pelajar universiti, kini skop pemberian ini telah dibesarkan kepada golongan B40 dan M40.

Dijangkakan lebih daripada 10 juta rakyat akan terima manfaat daripada e-Madani RM 100 ini.

JUMLAH BAYARAN

Amaun bantuan ini e-Madani ini adalah RM 100 bagi setiap individu. Bantuan dilaksanakan melalui e-wallet yang didaftarkan.

Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah bagi tempoh setahun.

CARA BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, cara penerimaan bantuan hanya boleh dilakukan di salah satu aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan iaitu

1.TNG EWALLET

2.SHOPEE

3.SETEL

TARIKH BAYARAN

Tempoh pendaftaran serta tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023  hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024, manakala kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.