BANTUAN KEWANGAN AIDILFITRI UNTUK SEBULAN GAJI ATAU MINIMUM RM 1,000 – SEMAK SEKARANG

Pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada rakyat yang layak pada tahun ini. Ia untuk membantu meringankan beban mereka.

Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi akan menjelma. Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan sebuah bantuan khas Aidilfitri kepada individu yang layak.

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

Berita baik untuk warga Selangor, penjawat awam negeri ini akan menerima bantuan khas sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2023.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 31 Mac di majlis Rapat Rahmah Ramadan.

KATEGORI YANG LAYAK

Untuk pengetahuan anda terdapat empat jenis kategori yang layak menerima bantuan ini dengan jumlah dan syarat-syarat berbeza. Bermula daripada sebulan gaji, RM 1,000 hingga RM 200 seorang. Sila semak di bawah.

KATEGORI PERTAMA

TERIMA BANTUAN SEBULAN GAJI ATAU MINIMUM RM 1,000 SEORANG.

Layak untuk :

  • Penjawat awam di bawah pentadbiran SUK Selangor
  • Penjawat awam persekutuan di bawah pentadbiran SUK Selangor
  • Ahli Dewan Negeri
  • Guru Kafa

KATEGORI KEDUA

TERIMA SEBULAN ELAUN.

Layak kepada :

  • Pemimpin masyarakat (Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Setiausaha MPKK, Pegawai Perhubungan Perkampungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India)
  • Penggerak Belia Selangor (PEBS)
  • Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS)

KATEGORI KETIGA

TERIMA BANTUAN KEWANGAN RM 500

Layak untuk :

  • Penggerak Masjid (Nazir, Imam Rawatib, Siak, Bilal)
  • Guru Rakyat (SRA/SRAI/KAFA/PRA)

KATEGORI KEEMPAT

TERIMA BANTUAN AIDILFITRI RM 200

  • Penjawat awam persekutuan di Negeri Selangor (Di luar pentadbiran setiausaha kerajaan Negeri Selangor yang berpendapatan di bawah RM 3,000)

TARIKH BAYARAN

Menurut Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari, pembayaran bantuan khas Aidilfitri ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing selewat-lewatnya pada 21 April ini.

Leave a Comment