Pelbagai jenis bantuan kewangan disalurkan daripada pihak kerajaan persekutuan mahupun negeri.
Bantuan kewangan yang disalurkan bagi kerajaan persekutuan salah satunya adalah bantuan kewangan berjumlah RM 2,500 yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.
TERIMA BANTUAN KEWANGAN RM 2500
Bantuan kewangan ini atau Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah sebuah bantuan kewangan yang akan dikreditkan kepada penerima dalam empat peringkat mengikut kelayakan masing-masing.
Ini adalah salah satu tugas kerajaan untuk sentiasa ambil peduli mengenai kebajikan rakyat.
TARIKH KEMASKINI
Bagi penerima sedia ada, anda tidak perlu membuat permohonan baharu. Tetapi sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, anda boleh membuat kemaskini selewat-lewatnya 31 Mac ini.
Selain itu, permohonan baharu STR turut dibuka bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2023 depan.
Ia dibuka kepada setiap rakyat yang tidak pernah menerima bantuan kewangan kerajaan sebelum ini seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Bantuan Keluarga Malaysia dan lain-lain.
JUMLAH BANTUAN KEWANGAN
Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini bukan semua kategori layak terima bantuan kewangan RM 2,500 berkenaan.
Ini adalah jumlah penuh bantuan bagi tahun 2023 mengikut kelayakan masing-masing
KATEGORI ISI RUMAH
BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500
- 0 Anak – RM 1,000
- 1-2 Anak – RM 1,500
- 3-4 Anak – RM 2,000
- 5 ke atas – RM 2,500
BERPENDAPATAN RM 2,501 – RM 5,000
- 0 Anak – RM 500
- 1-2 Anak – RM 650
- 3-4 Anak – RM 1,000
- 5 ke atas – RM 1,250
WARGA EMAS SEBATANG KARA – 60 TAHUN KE ATAS
- RM 600
BUJANG 21-59 TAHUN (RM 0 – RM 2,500)
- RM 350
BUJANG OKU 19-59 TAHUN (RM 0 – RM 2,500)
- RM 350
CARA KEMASKINI
Sekiranya anda ingin membuat pengemaskinian maklumat STR 2023 seperti perubahan jumlah tanggungan, status perkahwinan, pendapatan dan lain-lain, anda boleh lakukan melalui portal rasmi STR 2023.