Bantuan Khas Kewangan RM2,500 Dibayar Hujung Februari & Mac Ini

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai pihak termasuklah daripada kerajaan persekutuan, organinasi bukan kerajaan serta kerajaan negeri.

Di bawah, kami kongsikan sebuah bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri yang dikenali sebagi Bantuan Khas Kewangan (BKK).

BANTUAN KEWANGAN RM2,500

Bantuan Khas Kewangan (BKK) ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembelian di bawah Belanjawan 2024 bagi negeri tersebut.

Bantuan tersebut melibatkan jumlah bantuan tunai sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500

SYARAT KELAYAKAN

Bantuan tersebut akan diagihkan kepada sekitar 6,662 orang penjawat awam negeri berkenaan. Bantuan tersebut adalah tanda sebagai penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

PEMBAYARAN BANTUAN

Mengenai cara pembayaran pula, kesemua bantuan tunai tersebut akan terus disalurkan ke akaun bank setiap penjawat awam yang layak.

Turut dinyatakan bahawa pembayaran bantuan tersebut adalah sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024. Boleh dikatakan ia sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ditegaskan bahawa bantuan ini diberikan secara automatik kepada mereka yang layak dan tidak melibatkan sebarang permohonan.