Bantuan Musim Tengkujuh Fasa Akhir RM200

Pembayaran bagi sebuah bantuan berjumlah RM800 yang akan diberikan selama 4 bulan telah bermula pada bulan November lalu. Pembayaran Bantuan Khas Kewangan fasa akhir RM200 tersebut akan dibayar secara one-off bulan ini iaitu Februari 2024.

Bantuan tersebut dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh yang yang merupakan sebuah bantuan tahunan.

BANTUAN BERJUMLAH RM 800

Bantuan tersebut adalah Bantuan Musim Tengkujuh di mana jumlah bantuan berkenaan telah dinaikkan oleh pihak kerajaan.

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun tercicir bantuan tersebut.

JUMLAH BANTUAN DINAIKKAN

Bermula tahun 2023, pemberian BMT ini telah dinaikkan kepada RM 800 berbanding tahun-tahun sebelum iaitu RM 600 sahaja.

Penambahan jumlah bantuan ini untuk membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi pembayaran bantuan bulan November, Disember 2023, Januari dan Februari 2024 telah dibuka sehingga 15 September SAHAJA.

Permohonan baharu boleh dibuat melalui pautan di bawah

TARIKH BAYARAN

Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah selama empat bulan. Bermula November 2023, Disember, Januari dan Februari 2024.

Bayaran bagi setiap bulan tersebut adalah sebanyak RM 200.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buka akaun bank yang aktif

2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan KaD PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus rujukan laman web rasmi RISDA melalui portal kerajaan di atas.