BANTUAN KHAS KEWANGAN RM300 MULA DIKREDITKAN SECARA BERPERINGKAT

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Ia termasuklah bantuan kepada golongan berumah tangga, keluarga, warga emas dan bujang.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bayaran Fasa 2 bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) mula dikreditkan ke akaun penerima pada hujung Februari 2023.

BMT adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh melanda.

JUMLAH BAYARAN

Jumlah keseluruhan bagi bantuan ini adalah RM 800 bagi setiap penerima. Pembayaran dipecahkan kepada 3 peringkat iaitu

  • RM 300 – JANUARI
  • RM 300 – FEBRUARI
  • RM 200 – MAC

JADUAL BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, pembayaran bantuan ini bagi peringkat pertama iaitu Januari sudah selesai.

Untuk pembayaran kedua pula iaitu hujung Februari 2023 kini sedang dikreditkan secara berperingkat ke akaun penerima yang layak.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

PEKEBUN KECIL RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
  • Keluasan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja

PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima sahaja
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Pembayaran akan dibuat melalui Pemindahan Dana Elektronik (EFT) ke akaun bank aktif telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Leave a Comment