Skip to content

BANTUAN TERBARU RM 200 ONE-OFF UNTUK RAKYAT

BANTUAN TERBARU RM 200 ONE-OFF UNTUK RAKYAT

Pada Belanjawan 2023 lepas, pelbagai jenis bantuan atau inisiatif yang diumumkan oleh rakyat. Bermula daripada golongan miskin tegar, B40 dan seterusnya.

Salah satu bantuan yang diumumkan adalah bantuan kewangan RM 200 secara one-off.

Melalui Bajet 2023 ini, Kerajaan Perpaduan memperuntukkan dana untuk membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-Wallet sebanyak RM 200. Bantuan ini diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan.

BANTUAN E-TUNAI RAHMAH ONE-OFF RM 200

Inisiatif ini merupakan bantuan daripada kerajaan dalam usaha menggalakkan masyarakat menggunakan pembayaran e-Wallet. Kerajaan Malaysia juga telah bekerjasama dengan syarikat yang mengusaha aplikasi e-Dompet.

Bantuan ini dinamakan sebagai bantuan e-Tunai adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat transaksi melalui e-Wallet yang didapati mudah dan selamat.

Kerajaan memperuntukkan RM400 juta dan akan memanfaatkan kepada lebih 2 juta belia untuk inisiatif ini.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan e-Tunai ini telah dinaikkan daripada RM 150 kepada RM 200 setiap seorang.

Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off atau sekali bayar melalui aplikasi yang anda pilih.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk memohon bantuan e-Wallet ini, berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan tersebut :

  • Kumpulan belia berumur 18-20 tahun
  • Masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

CARA PEMBAYARAN

Aplikasi perkhidmatan yang anda boleh pilih untuk penebusan adalah

  • Bigpay
  • Touch N Go Ewallet
  • GrabPay
  • ShopeePay

Pembayaran akan terus dikreditkan ke e-Dompet salah satu aplikasi di atas. Ia memerlukan verifikasi Kad Pengenalan anda untuk penerimaan bantuan tersebut.

Buat setakat ini, tarikh permohonan belum dibuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *