Skip to content

BANTUAN KHAS RM 250 UNTUK RAKYAT – SEMAK SEKARANG

BANTUAN KHAS RM 250 UNTUK RAKYAT - SEMAK SEKARANG

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan antara inisiatif kerajaan yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2023 Kerajaan Madani bulan Februari lepas.

Buat masa ini, pembayaran STR 2023 telah dilaksanakan untuk Fasa 1 dan 2. Kini hanya berbaki 2 bayaran sahaja lagi.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Objektif utama pelaksanaan bantuan yang dibayar dalam empat peringkat ini adalah untuk membantu rakyat yang layak dengan kelayakan yang ditetapkan.

Mereka yang layak ini terdiri daripada golongan B40, M40, golongan isi rumah, bujang dan warga emas. Ini merupakan antara langkah kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas khasnya selepas pandemik yang melanda negara.

JUMLAH BAYARAN STR

Pembayaran STR adalah berbeza-beza mengikut kelayakan dan kategori masing-masing.

Kategori yang menerima jumlah bantuan tertinggi berjumlah RM 2,500 adalah untuk isi rumah berpendapatan RM 0-RM2,500 dan mempunyai tanggungan / anak 5 orang dan ke atas.

Bujang pula akan menerima bayaran keseluruhan RM 350 seorang.

Buat Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 Fasa 3, bantuan kewangan RM 250 akan diberikan kepada golongan isi rumah

  • Berpendapatan RM 2,500 – RM 5,000 SERTA
  • mempunyai 5 orang anak dan ke atas

Selain itu, pihak kerajan turut melaksanakan bantuan tambahan STR berjumlah RM 600. Bantuan tersebut merupakan bantuan bakul makanan yang akan disalurkan RM 100 sebulan bagi tempoh 6 bulan.

TARIKH BAYARAN FASA 3 DAN FASA 4

Seperti yang dijadualkan oleh pihak kerajaan, berikut adalah tarikh bayaran mengikut bulan bagi STR Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

1. Fasa 2 – April

  • 5 April

2. Fasa 3 – Julai

3. Fasa 4 / Akhir – November

KELAYAKAN PENERIMA STR 2023

Sekiranya anda tidak pernah terima bantuan ini atau bantuan sebelumnya, permohonan TELAH DITUTUP.

Kategori Isi Rumah

  • Tiada Had Umur
  • Pendapatan bulanan RM 5,000 DAN KE BAWAH

Kategori Warga Emas Sebatang Kara

  • Berumur 60 Tahun DAN KE ATAS
  • Pendapatan bulanan RM 5,000 DAN KE BAWAH

Kategori Bujang & Bujang OKU

  • Pendapatan Bulanan RM 2,500 DAN KE BAWAH
  • 21 – 59 TAHUN (BUJANG) & 19 – 59 TAHUN (BUJANG OKU)

Kategori Isi Rumah Miskin Tegar

  • Tiada Had Umur
  • Pendapatan Bulanan RM 1,169 DAN KE BAWAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *