Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) Semakan & Permohonan






Apakah BPN 2.0?
Satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19.
Ia berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.
SEMAKAN KELAYAKAN BPN 2.0
Penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
PERMOHONAN BARU BPN 2.0


  • Anda tidak perlu memohon  sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
  • Permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0.Permohonan baharu BPN  boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020.

Jika ada sebarang perubahan makluman,boleh buat kemaskini, rujuk
PEMBAYARAN 
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
BPN 2.0
TARIKH PEMBAYARAN 
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:
  1. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
  2. Fasa Kedua – Januari 2021
KAEDAH BAYARAN DILAKSANAKAN
Pembayaran  adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini:
BPN 2.0

BAYARAN BPN  KEPADA PENERIMA PEDALAMAN SABAH/SARAWAK
Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021.
SEMAKAN STATUS BPN 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu .https://bpn.hasil.gov.my.

BACA : GKP 2.0 : CARA MEMBUAT PERMOHONAN

SOALAN LAZIM 
Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif?
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran  adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini
Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu saya lakukan?
Tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud padapaparan semakan. Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan semasa log masuk Portal BPN dan gagal menjawab soalan keselamatan yang diminta?
Pemohon perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan. Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM
Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40 semasa BPN 2020. Bolehkah saya merayu untuk menerima bayaran sebagai penerima B40 bagi BPN 2.0?


Kategori kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.
Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN kategori isi rumah?
Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.
Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN  kategori ibu / bapa tunggal?
Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.
Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah saya layak memohon?
Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

0 thoughts on “Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) Semakan & Permohonan”

Leave a Comment