Skip to content

PERBEZAAN GOLONGAN B40,M40 & T20 Serta Insentif Yang Disediakan

Setelah pembentangan insentif terbaru daripada Perdana Menteri, ramai lagi masyarakat atau orang awam yang masih keliru perbezaan tiga jenis golongan di atas iaitu B40, M40 dan T20.

Jadi apakah maksud disebalik 3 jenis golongan tersebut.
Maksud B40, M40 Dan T20 (Takrif Isi Rumah Pendapatan)

Takrif atau kelas pendapatan isi rumah boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu B40 ialah isi rumah yang memperolehi pendapatan 40 % terendah daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia.
Manakala, M40 ialah isi rumah yang memperolehi pendapatan 41% kepada 80% daripada keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia.
Dan T20, isi rumah yang memperolehi pendapatan 20% tertinggi daripada jumlah kesuluruhan pendapatan rakyat Malaysia.
Jumlah Pendapatan B40,M40 Dan T20 Terkini (Info 2019)

Daripada survei yang diterima, mencatatkan had pendapatan bagi setiap tiga golongan di atas.
  1. Had pendapatan Golongan B40 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah adalah RM 4,849
  2. Manakala had pendapatan Golongan M40 yang melibatkan 2.91 juta isi rumah pula adalah di antara RM 4,859 – RM 10,959
  3. Seterusnya, sebanyak 1.46 juta isi rumah berada di Golongan T20 dengan pendapatan melebihi RM 10,960
Dari segi agihan pendapatan pula :
  1. T20 memiliki 46.8 % dari jumlah pendapatan isi rumah berbanding 46.2 % pada tahun 2016
  2. Sementara itu, Golongan M40 memiliki 37.2 % manakala B40 pula hanya menguasai 16.0 % dari jumlah pendapatan, berkurangan daripada 16.4 % pada 2016.
Jumlah Pendapatan Keseluruhan Dan Insentif Diberikan

  • Golongan B40
Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40 atau Bottom 40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 4,360.00. Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai PGK nasional adalah RM 950.00 sebulan.
Insentif yang telah diberikan kepada golongan B40
  1. Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk3 kategori berpendapatan sehingga RM 4,000
  2. Peningkatan subsidi elektrik isi rumah untuk penggunaan RM 20 ke bawah kepada RM 40
  3. Pengenalan subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta dengan kapisiti 1,500 cc dan ke bawah dan pemilik motosikal 125cc dan ke bawah
  4. Pemansuhan tol motosikal di tiga laluan iaitu Jambatan Pertama dan Kedua,Pulau Pinang dan Lebuhraya Laluan Kedua,Johor.
  5. Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  6. Pendidikan dan kesihatan serta MySalam

  • Golongan M40
Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (M40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan di antara RM 4,360 – RM 9,619
Insentif yang telah diberikan kepada golongan M40
  1. Skim MySalam
  2. Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  3. Dan sebagainya
  • Golongan T20
Kumpulan isi rumah yang berpendapatan 20% tertinggi merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 9,620.00 ke atas dan mereka adalah penggerak ekonomi dan majikan kepada B40 dan M40.

0 thoughts on “PERBEZAAN GOLONGAN B40,M40 & T20 Serta Insentif Yang Disediakan”

  1. Perlu ingat, kita warga emas bujang pun ada tanggung jawab yang berat seperti menjaga ibu orang tua kita. Bukan senang tau, keperluan mereka lebih tinggi dan memerlukan Kos yang tinggi seperti ketigori Isi rumah sekelaurga. Jangan abaikan orang warga EMAS bujang dengan memberi bantuan seperti kanak kanak! Sungguh kecewa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *