Sebuah bantuan khas kewangan berjumlah RM 350 dan RM 700 akan dibayar dalam masa terdekat kepada rakyat yang layak.
Bantuan daripada pihak kerajaan merupakan sebuah keperluan yang diperlukan rakyat untuk membantu mereka yang lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini.
BANTUAN KHAS RM 700
Sebuah bantuan khas kewangan yang bakal disalurkan kepada rakyat sebagai persediaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan ini.
Bantuan khas ini diberikan kepada penjawat awam dan pesara / veteran kerajaan.
Bantuan ini telah diperkenalkan pada pembentangan Bajet 2023 untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.
TARIKH BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI
Menerusi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam pada 23 Mac lepas, dinyatakan bahawa tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan ini mula dikreditkan pada
- 14 April 2023
KATEGORI YANG LAYAK
Terdapat 2 kategori yang layak untuk menerima bantuan khas ini tetapi dengan jumlah bantuan yang berbeza.
KATEGORI SATU
- Semua penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak
KATEGORI DUA
- Pesara kerajaan atau veteran kerajaan
BAYARAN BANTUAN
RM 700
- Layak kepada semua penerima yang berada dalam kategori satu iaitu penjawat awam Gred 56 ke bawah
RM 350
- Manakala bantuan RM 350 layak kepada pesara kerajaan dan veteran kerajaan
CARA BAYARAN
Bayaran bantuan akan terus dikreditkan kepada individu yang layak secara automatik ke akaun bank masing-masing.
Permohonan tidak diperlukan untuk menerima bantuan ini.