PUTRAJAYA : Kerajaan tetap tidak membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun ada cadangan supaya memberikannya kepada ahli yang benar-benar terdesak.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau sudah pun menjawab perkara itu di Dewan Negara dan jawapannya sudah pun diketahui semua orang bahawa kerajaan tidak bercadang untuk memberikan pengeluaran KWSP.
PENGELUARAN LAIN MASIH BOLEH DIBUAT
Beliau turut menjelaskan bahawa pengeluaran masih boleh dibuat bagi tujuan membabitkan perumahan, pendidikan, kesihatan, pelan perlindungan tertentu sepert sakit kronik dan sebahagian kos haji RM3,000.
“Kita tak kata apabila kita tak benarkan, maka tak boleh keluar KWSP. KWSP masih bolrh dikeluarkan. Ada lima perkara yang boleh dikeluarkan untuk Akaun 2 KWSP, bukan kita tak benarkan.
” (Namun) Akaun 1 memang tidak dibenarkan untuk pengeluaran kerana ia adalah khas untuk tujuan persaraaan,” katanya.
LEBIH MUDA BENARKAN ORANG RAMAI KELUARKAN KWSP
Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sebelum ini berkata adalah lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.
Namun, bekas Menteri Kewangan Kedua itu menegaskan, pengeluaran secara terus itu hanya dibenarkan bagi mereka yang memerlukan dana untuk kecemasan seperti membayar perbelanjaan kesihatan atau pendidikan.
MEMBEBANKAN RAKYAT
Jelasnya dengan menggunakan simpanan KWSP sebagai sokongan permohonan pinjaman, peminjam akan dibebani dengan bayaran faedah yang dikenakan ke atas pinjaman.
Malah, katanya skim itu juga boleh menyebabkan masalah kepada bank kerana proses berkenaan memerlukan semakan kredit dan penyediaan perjanjian undang-undang.
MEMOHON FASILITI AKAUN 2
Datuk Ahmah Maslan berkata, seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 yang dibuka pada 7 April lalu.
“Daripada jumlah ini, mereka yang layak adalah seramai 27,705 sahaja kerana kita dah maklumkan bahawa hanya yang berumur 40 ke atas yang layak, bermakna selebihnya itu berumur 40 tahun ke bawah,” katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN