Skip to content

BANTUAN RM 500 YANG DIBAYAR SETIAP BULAN UNTUK ANDA – SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN RM 500 YANG DIBAYAR SETIAP BULAN UNTUK ANDA - SEMAK KELAYAKAN

Untuk tahun 2023 ini, kebajikan rakyat terus dititikberatkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, kerajaan menyalurkan pelbagai jenis bantuan mahupun insentif.

Salah satunya adalah kerajaan terus meneruskan sebuah bantuan RM 500 yang dibayar setiap bulan untuk rakyat Malaysia. Untuk info lanjut, sila rujuk perkara di bawah.

BANTUAN BULANAN RM 500

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan pelbagai jenis bantuan bulanan dan salah satunya adalah sebuah bantuan RM 500 sebulan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE).

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan berjumlah adalah RM 500 yang dibayar setiap bulan kepada setiap penerima yang layak.

Jumlah keseluruhan bantuan mengikut tahunan adalah berjumlah RM 6,000 untuk setiap penerima.

KRITERIA KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan sekiranya anda / keluarga ingin membuat permohonan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / perkhidmatan secara percuma

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) anta Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan di setiap peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami, isteri, ibu, bapa anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil lahir anak-anak, ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji
  • Lain-lain dokumen berkaitan
  • Muat turun JKM 18 Borang Permohonan Bantuan, JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *