SEMAK KELAYAKAN BANTUAN BUJANG B40 BERJUMLAH RM 350 SEORANG

Pelbagai jenis bantuan kerajaan disalurkan kepada rakyat yang layak mengikut kriteria setiap bantuan yang dimohon.

Individu bujang turut tidak dilupakan oleh Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Salah satunya adalah bantuan untuk bujang kategori B40 berjumlah RM 350 seorang.

BANTUAN B40 BUJANG RM 350

Bantuan untuk individu bujang kategori B40 ini adalah sebuah bantuan yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR merupakan sebuah bantuan kewangan yang dibayar dalam empat peringkat dan disalurkan kepada rakyat yang layak mengikut jumlah pendapatan, status perkahwinan dan jumlah tanggungan.

JUMLAH BANTUAN

Bayaran bantuan berjumlah RM 350 bagi setiap individu bujang yang layak.

Jumlah bantuan akan dipecahkan dan bakal dibayar dalam tiga fasa sahaja.

SEMAK KELAYAKAN ANDA

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Bujang berumur di antara 21 hingga 59 tahun
  • Untuk bujang OKU, berumur antara 19 hingga 59 tahun
  • Turut layak untuk ibu atau bapa tunggal yang tidak mempunyai tanggungan
  • Berpendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT FASA

Sedia maklum, jumlah penuh bantuan adalah RM 350 dan akan dibayar dalam tiga peringkat / fasa.

Berikut adalah jadual bayaran mengikut fasa

  • Fasa 1 – RM 100 – Januari
  • Fasa 2 – RM 100 – April
  • Fasa 3 – RM 150 – Julai

Leave a Comment