Bantuan RM1200 Dalam MyKad Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan RM1200 Dalam MyKad Mula Dikreditkan Hari Ini – Berita baik, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mula dibayar secara berperingkat mengikut kawasan.

Bantuan yang akan dilaksanakan secara berperingkat ini dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun lalu.

PENAMBAHAN KATEGORI YANG LAYAK

Jika sebelum ini program SARA ini hanya akan diberikan kepada golongan miskin tegar tetapi bagi SARA 2024 golongan miskin turut bakal menerima bantuan berkenaan.

Selain itu, penggunaan kredit program SARA sebelum ini hanya untuk makanan asas tetapi bagi 2024 ia telah diperluaskan kepada

  1. makanan asas
  2. barangan kebersihan diri
  3. ubat-ubatan
  4. peralatan persekolahan

TARIKH BAYARAN

Kementerian Kewangan menjelaskan pelaksanaan SARA akan bermula 22 Januari ini bagi penerima Semenanjung Malaysia manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 19 Februari.

BANTUAN SARA BAGI NEGERI SABAH, SARAWAK DAN LABUAN

Jika di Semenanjung bantuan SARA adalah berbentuk kredit manakala bagi tiga negeri ini, bantuan SARA adalah berbentuk WANG TUNAI yang boleh di tebus melalui Bank Simpanan Nasional pada 19 Februari.

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun dan jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori.

Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 600 (19 Februari)
  • RM 600 (12 Ogos)

Bujang

  • RM 300 (19 Februari)
  • RM 300 (12 Ogos)

SEMAKAN KELAYAKAN

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan kementerian dan agensi kerajaan.