Bantuan Sehingga RM 500 Dibayar Pada 25 November

 

Bantuan Khas Covid Fasa 2 sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat. Oleh hal demikian, kerajaan baru sahaja mengumumkan tarikh rasmi pembayaran BKC untuk Fasa 2.

BANTUAN KHAS COVID

BKC adalah satu jenis bantuan yang diberikan kepada rakyat ketika negara sedang menghadapi peningkatan secara mendadak kes positif Covid-19 pada bulan Jun lalu.

Bantuan ini sudah tentu untuk meringankan beban rakyat kerana penutupan sektor ekonomi yang banyak. Seterusnya, disebabkan penutupan itu ramai rakyat yang terbeban serta kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan.

Diharapkan dengan pemberian BKC mampu memberi sedikit kelegaan kepada setiap rakyat yang layak.

TARIKH PEMBAYARAN

Mengikut daripada pengumuman yang dibuat sebelum ini, BKC akan dibayar dalam 3 Fasa iaitu
  • Fasa 1 – September
  • Fasa 2 – November
  • Fasa 3 – Disember
Kini, rakyat sedang menunggu pembayaran untuk Fasa 2 pula.
Kerajaan telah mengumumkan tarikh pembayaran BKC Fasa 2 iaitu mulai
  • 25 September 2021 bersamaan pada hari Khamis
  • Pembayaran ini akan melibatkan sehingga 700,000 penerima
  • Pembayaran adalah secara berperingkat

JUMLAH BANTUAN

Hanya kategori Miskin Tegar sahaja akan dibayar untuk Fasa 2 ini. Manakala untuk B40 akan dibayar pada BKC Fasa 3 dan tiada pembayaran untuk M40 kerana sudah selesai pada Fasa 1 lepas.

Berikut ialah jumlah bayaran untuk Kategori Miskin Tegar

1) ISI RUMAH
  • Pembayaran berjumlah RM 500 akan dikreditkan
2) WARGA EMAS
  • Bayaran berjumlah RM 300 untuk Fasa 2 ini
3) BUJANG
  • Pembayaran berjumlah RM 300 untuk BKC Fasa 2 ini.

CARA BAYARAN

Berikut adalah kaedah bayaran BKC yang akan dilaksanakan sebentar lagi menerusi akaun bank masing-masing.

1. Kategori Miskin Tegar 
  • Pembayaran BKC akan dikreditkan ke akaun bank yang sama seperti pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

0 thoughts on “Bantuan Sehingga RM 500 Dibayar Pada 25 November”

Leave a Comment