Bantuan Tambahan e-Pemula RM 200 : Semak Sekarang

Pembayaran e-Pemula diteruskan pada tahun ini selepas diumumkan pada Bajet 2023 lepas. e-Pemula merupakan sebuah bantuan kewangan secara e-Wallet yang diberikan kepada individu yang layak. E-Pemula 2023 adalah sebuah bantuan tambahan RM 200 kepada golongan B40 & M40.

BANTUAN TAMBAHAN RM 200

E-PEMULA 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan berbentuk kredit yang terdapat di salah satu aplikasi yang dipilih yang tidak boleh ditukarkan kepada tunai atau lebih dikenali sebagai e-Wallet.

Pelaksanaan bantuan ini telah bermula sejak 2021 dan masih diteruskan sehingga tahun ini.

Tujuan utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melakukan pembelian sesuatu barang secara kredit dimana ia lebih selamat dan cepat.

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat 2 jenis syarat kelayakan yang ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing. Sila semak di bawah

KATEGORI A

  • Diberikan kepada pelajar Universiti Awam atau Swasta Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia atau
  • Diberikan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun sahaja

KATEGORI B

  • Turut diberikan kepada belia M40 dengan jumlah pendapatan tahunan kurang daripada RM 100 ribu

JUMLAH BANTUAN E-PEMULA

Bantuan telah dinaikkan kepada RM 200 bermula tahun ini berbanding RM 150 tahun-tahun lalu.

Pembayaran RM 200 bakal diberikan kepada individu yang berada di dalam kategori A di atas manakala bayaran RM 100 diberikan kepada kategori B iaitu belia M40.

CARA TERIMA BANTUAN

Penerimaan bantuan boleh dilakukan dengan muat turun salah satu aplikasi di bawah dan verify akaun anda dengan menggunakan Kad Pengenalan yang sah.

  1. BigPay
  2. SHopeePay
  3. Touch N Go E-Wallet
  4. GrabPay

TARIKH BAYARAN E-PEMULA

Belum diumumkan oleh pihak kerajaan setakat hari ini. Pembentangan semula Bajet 2023 akan dilaksanakan pada penghujung Februari ini, sekiranya bantuan ini diteruskan tarikh dan jadual bayaran akan diumumkan pada ketika.

Leave a Comment