Permohonan Bantuan MySalam RM 700 Hingga RM 8,000 – Semak Sekarang

Sebuah skim perlindungan yang dikenali sebagai MySalam berjumlah RM 700 hingga RM 8,000 yang boleh dituntut oleh mana-mana individu yang layak daripada syarat yang ditetapkan.

BANTUAN KEWANGAN MYSALAM

Bantuan khas tersebut dikenali sebagai MySalam. Ia merupakan sebuah inisiatif skim perlindungan takaful kesihatan percuma oleh kerajaan yang diberikan kepada individu yang layak melalui Tabung Amanah MySalam.

Bantuan MySalam ini akan diberikan kepada golongan B40 yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rakyat (STR). Melalui inisiatif ini, tujuan utama adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 mengatasi masalah melibatkan kewangan yang disebabkan penyakit kronik.

BANTUAN RM 700

Melalui Skim Perlindungan Masyarakat MySalam, pihak kerajaan telah memperkenalkan perlindungan percuma kesihatan takaful kepada 6.8 juta rakyat Malaysia setakat 2022.

Manfaat yang bakal diterima adalah seperti berikut

  1. Bayaran RM 8,000 sekiranya layak dengan jenis penyakit yang dihidapi atau
  2. Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau bersamaan RM 700 setahun

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan anda, syarat kelayakan bagi MySalam adalah seperti berikut :

  • Merupakan Warganegara Malaysia & Kategori B40 STR dan
  • Berumur 18 hingga 65 tahun dan pasangan atau
  • Berumur 40 hingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM 24,000 atau
  • Individu OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM 24,000

TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran bagi bantuan kewangan RM 700 ini adalah pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda layak.

CARA SEMAK KELAYAKAN MYSALAM

Ini adalah cara untuk semak kelayakan MySalam anda untuk mengetahui sama ada layak atau tidak bagi penebusan bantuan MySalam

  • Layari portal rasmi MySalam https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan semak
  • Sekiranya nama anda tertera disitu maka anda layak terima bantuan MySalam

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH DILINDUNGI OLEH MYSALAM

Sekiranya anda penerima MySalam dan menghidap penyakit di bawah, anda layak untuk terima bantuan MySalam

Leave a Comment