Bantuan Tambahan RM100 Mula Dikreditkan : Semak Sekarang

Sebuah bantuan daripada pihak kerajaan berbentuk bantuan asas atau lebih dikenali sebagai SARA Sumbangan Asas Rahmah mula dikreditkan bagi bulan pertama.

Bayaran adalah RM100 setiap bulan sehingga Disember nanti bagi penerima yang layak.

BANTUAN TAMBAHAN RM 600

Pada pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lalu, Kerajaan Perpaduan melalui Perdana Menteri, melancarkan sebuah bantuan tambahan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sedia ada.

Bantuan tambahan ini akan bernilai RM 600 bagi setiap isi rumah dan akan dibayar dalam tempoh 6 bulan berturut-turut.

BANTUAN STR TAMBAHAN

Jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah

  • 0 Anak – RM 600
  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM 600
  • 5 Dan Ke Atas – RM 600

JUMLAH & TARIKH BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, bantuan tambahan STR ini tidak diberikan secara one-off RM 600 tetapi dibayar setiap bulan dalam tempoh 6 bulan.

Satu lagi perkara penting untuk anda iaitu, STR Tambahan RM 600 ini bukan bantuan kewangan tetapi merupakan bantuan sumbangan bakul makanan & barangan asas.

1. RM 100 – JULAI – 17 JULAI

2. RM 100 – Dijangkakan bermula pada 7 OGOS

3. RM 100 – SEPTEMBER

4. RM 100 – OKTOBER

5. RM 100 – NOVEMBER

6. RM 100 – DISEMBER

KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Untuk pengetahuan anda, bukan semua penerima isi rumah STR 2023 layak untuk terima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak terima bantuan berkenaan

  • Kategori isi rumah miskin tegar
  • Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
  • Penerima STR 2023
  • Tiada had umur

Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih, anda layak untuk menerima bantuan diatas.

Leave a Comment