Bantuan KWSP RM500 – Ini Yang Anda Perlu Tahu

Bantuan KWSP 2023 sebanyak RM 500, ini adalah anda perkara yang anda perlu tahu,

Terdahulu, pengumuman Bajet 2023 / Belanjawan 2023 Malaysia Madani di bawah Kerajaan Perpaduan disampaikan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tema bagi Belanjawan 2023 adalah Membangun Malaysia MADANI yang merupakan antara langkah awal struktur semula ekonomi Malaysia.

Pelbagai aspek dititikberatkan oleh pihak kerajaan melalui Bajet 2023 ini termasuklah langkah perlindungan sosial di bawah konteks isu simpanan KWSP.

BANTUAN KEWANGAN RM 500 KWSP

Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM 500 kepada indivdu yang layak.

Perkara di atas diumumkan pada pembentangan Bajet 2023 semalam.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan program ini membabitkan peruntukan hampir RM1 bilion yang akan diberikan kepada hampir dua juga ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

SYARAT KELAYAKAN

Mengenai syarat kelayakan pula, tambahan simpanan RM 500 ini hanya diberikan kepada

  • Pencarum / Ahli KWSP yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu KWSP

Menurut Perdana Menteri ia membabitkan hampir 2 juta pencarum akan menerima manfaat tersebut.

MEMBANTU SIMPANAN HARI TUA

Tambahan simpanan RM 500 merupakan antara usaha kerajaan untuk rakyat membina semula simpanan persaraan bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Anwar berkata, kerajaan turut berharap agar rakyat yang mempunyai simpanan mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

BANTUAN RM 500 TERSEBUT BOLEH DIKELUARKAN

Mesti anda tertanya-tanya adakah bantuan simpanan RM 500 tersebut boleh dikeluarkan ? Jawapannya ya sekiranya anda sudah berumur 55 tahun iaitu umur matang dimana wang simpanan KWSP boleh dikeluarkan.

Tetapi sekiranya anda masih berumur 54 tahun dan ke bawah, bayaran tambahan tersebut tidak boleh dikeluarkan.

Leave a Comment